Monday, March 19, 2012

Late winter trip to Seoul #Part 2

Day 4(Feb 29)

Ktorang pergi Namsangol Hanok Village and Namdaemun Market. Perkara yang ktorang perasan hari tu adalah kat Seoul ni,die punye subway station punye design melambangkan apa yang menjadi speciality tempat tu. 

ni on the way pergi palace,maybe ni symbolic for historical places 
yang ni plak subway station dekat area university

Namsangol Hanok Village ni tempat collection of preserved traditional houses.


Namdaemun Market lak the largest traditional market in Korea..macam market kat Malaysia je. Barang2 kat situ serius murah! Kalau nak cari souvenir,cari kat situ je.


------*------*------

Day 5( March 1)

Nami Island!!-lokasi penggambaran Winter Sonata..excited je tapi tak tengok pon drama Winter Sonata..hak2.
Tempat ni sangat sesuai utk beromantik-romantik dengan sweetheart. 




That night,we went to Namsan Seoul Tower.


The view from up there was very very awesome.


We also entered Teddy Bear Museum which is located inside the tower. This museum aims to spotlight Seoul's rich history and highlight some of its most exciting trends today with teddy bears.



That's all for the fourth and fifth day.

Top 10 Money-Saving Flight Tips

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah,great!Just found this tips on a website.

Let's plan smarter and get less.

Saturday, March 17, 2012

Late winter trip to Korea #Part1

Alhamdulillah,finally sampai gak ke Korea..hoooyeah!!
Kami pergi berenam and sampai di Incheon International Airport 26hb Februari petang then teros naik van yang datang pick up,heading to Namsan Guest House, tempat kami stay selama 10 hari 9 malam. 
Awal2 tu ktorang tukar duit sikit dulu,cukup2 untuk transport and guest house. Dapat2 je duit korea,ehh kaler duit dorang same ngan duit kite la. Pastu yang 50000won tu lawa! hehe sayang pulak nak bagi orang.


Tapi sayang japanese yen da start turun waktu kitorang pergi sane T.T
Malam tu ktorang keluar makan,lapoo! Naseb baek ada satu group member ktorang yang tengah travel kat korea jugak ada kat area yang sama and dorang ajak makan.


Haa kire small gathering la ni sebab we all come from different parts of Japan. Dorang da nak balik da the next day tu. Ktorang pon ada blaja bahasa korea sket dengan dorang,yang penting pasal makanan. Kang duk seronok2 kat sane tapi duk masuk benda haram lak dalam perut ni.

Time nak beli makanan or minuman kat convenient store,automatik tengok part ingredients tapi pastu frust sebab tak paham langsung XD macam jepun jugak 100% dorang punye language.

Lepas makan ktorang jalan2 dekat Myeondong,dekaat sangat ngan Namsan tu just kene cross jalan je. Myeondong tu salah satu shopping paradise kat Seoul. Stall2 kat situ start beroperasi waktu petang dan sangat2 meriah waktu malamnya.



Second Day(Feb 27th)

The first tourist spot yang ktorang pegi is COEX Aquarium,the best domestic marine theme park. Macam-macam ada kat situ dan aquarium tu terletak dalam COEX Mall,the largest underground shopping mall in Asia.




Next spot ialah Itaewon,pusat culture and religions dari seluruh dunia. Restoran halal dan supermarket halal bersepah kot kat situ,memang heaven ah. Yang paling bangga ada masjid besar kat situ,tumpang bangga ye orang2 kat korea :)




Ramai non-muslim datang tengok masjid ni and dengarnya ramai jugak yang mahu belajar pasal Islam.Alhamdulillah. Semoga lebih ramai yang mendapat hidayah Allah. 

Day 3(Feb 28)

Kami ke 63 Square,salah satu lokasi penggambaran drama My Girl, where lee da hee's character said that lie that if you hold your breath and make a wish on the way up the elevator, it will come true when you reach the top, right? haha..ktorang try gak buat(saje2) tapi xdapat tahan sebab lama nak sampai atas tu.

Dalam 63 Square tu ada banyak attractions taw, ada 63 Seaworld,63 Sky Art Gallery,63 Art Hall and 63 Wax Museum.

Ktorang pergi naik subway tapi keluar2 je subway tu ktorg xtaw jalan nak pergi 63 Building tu. Ktorang tanya pakcik Korean tapi die jawab dlm Korean..haha.paham la sangat kan.
So,ktorg jalan je..on the way tu ternampak orang berhijab kat seberang jalan. 
Ktorang laung tnya kat mane 63 Building. Sanggup die cross jalan besar datang kat ktorg,rupe-rupenye die korean-thailand. Yang bestnye die tahu Malay!!Alhamdulillah Allah hantar orang bantu ktorg. Die pon xpernah pegi sane tapi die boleh bawak ktorg. 

First ktorang masuk 63 Wax Museum, a city of alive wax dolls.



Then,ktorg pergi 63 Sky Art Gallery,the highest art gallery in the world. Daripada situ,kite dapat observe beautiful view of Han River and the surrounding.



Next stop was Yeoido Park. Park yang sangat besar sepanjang Han River and famous for cycling.




                      Ok,setakat ini sajelah story for first,second and third day kat sane.

Saturday, March 10, 2012

Sabar Sabar Sabar

Assalamualaikum wbt
Sabar sabar sabar. Orang salu cakap sabar sabar tapi apa maksud sabar ni sebenarnya? Bile ditimpa ujian org suruh sabar, bila teringin nak buat sesuatu yg tak elok orang suruh sabar,bile nak beribadat pon orang suruh sabar? Aik? Confuse2..

Saya pon start la cari apa maksud sabar ni,rupa-rupanya sabar bermaksud menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berbeli-belit pulak maksudnya,xpe lepas ni kite huraikan ok?

Berdasarkan maksud kat atas tu,sabar ni adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa 
Antaranya termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan.
Antaranya, sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaaan marah.


3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. 
Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.


5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

So sekarang lebih jelas tak serba sedikit pasal sabar ni?Kalau kite perhatikan,banyak ayat2 al-quran yg membicarakan pasal sabar ni, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Oleh itu,kalau kite tak faham apa maksud sabar ni,kite xkan dapat apa yang Allah nak sampaikan sebenarnya kan,ok itu sahaja..semoga bermanfaat :)

Orang yang paling sabar:
Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)