Wednesday, November 23, 2011

Kenapa bile Autumn daun bertukar-tukar warna?

Assalamualaikum wbt



Subhanallah,lawa kan bile autumn.
Pernah tak anda terpikir kenapa daun-daun berubah warna bile musim luruh? 
Haa rasanya ramai yang tak tahu.Baru ni ada tanya senior 4th year,die pon tak tahu.
So meh la nak share sikit pasal ni sebab bende ni sangat interesting.


Dalam daun tu ada berjuta-juta lemon package kecil,ada 3 warna semuanya.
*package hijau yang dipanggil chlorophyll
*package kuning yang dipanggil xanthophyll
*package oren yang dipanggil carotene

※package tu tak tahu nak translate apa-kalau translate xbetul takot salah meaning lak

Waktu summer,green chlorophyll packages ni busy buat makanan. Sebab itulah warna hijau meliputi daun tu dan cover warna2 laen.

Bila nak masuk autumn tu cuaca kan makin sejuk. Pokok2 tu sedar yang winter da dekat and dorang patot get ready. No more water can get into the leaf.

So bile dah tak ada air,green chlorophyll semakin menghilang maka menampakkan package kuning dan oren.
Daun2 ni bukan berubah warna sebenarnya,dia just hilang warna hijau.

Sekarang da faham kan kenapa ada daun warna kuning dan oren.
TAPI camne pulak dengan daun yang berwarna merah dan purple??

Tadi kan ad bagitaw pasal air da tak boleh masuk dalam tube daun bile sejuk kan.Bile dinding sel yang terbina untuk halang air masuk tu,kadang2 ada gula(makanan yang dihasilkan oleh pokok) tersekat dalam daun tu,itulah yang menjadikan daun tu warna merah atau purple.

Pastu daun coklat pulak?
Haa yang tu sebab daun da nak mati. Bile dah tak ada air mengalir dan tak ada makanan dah,first2 green chloropyll mati,then yang kuning dan oren pon turut mati. 
Bile semua dah tak ada,daun pon mati dan gugur. Then tinggal la pokok togel yang seksi lagi menyeramkan.

Tapi,bukan semua pokok yang daun die berubah taw. Ada jugak yang evergreen sepanjang tahun. Ingat lagi tak yang kita belajar geografi kat sekolah dulu? 
Ada pokok tirus yang daunnya berbentuk jarum. Yang tu tough dan sebab daun dia macam tu,daun tu tak akan membeku dan air pon tak cepat hilang. 
So dengan tersimpannya air kat dalam tu,green chloropyll still bole hidup dan terus menghijau-walaupon waktu winter.

Jadi,kombinasi semua ini lah yang membuatkan autumn ni sangat lawa dan dinikmati oleh kita semua. Sungguh hebat ciptaan Allah kan. Rasa sangat bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai nikmat ni.


Alhamdulillah,Astaghfirullah




No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget