Monday, September 5, 2011

Syawal 1432H

Raye!!!!?
Well,raya taon ni sangat la laen..no balik kampung,no preparation nak raya and no duit raya..sob3.
I just staying in this foreign country.Ramai yang tanya nape x balik? I x cuti macam budak2 laen yang study dekat Jepun ni sebab tempat i affected dgn earthquake and tsunami bulan 3 hari tu,so kami start kelas lambat and sekarang masih ada kelas and exam.


Luckily,time raya hari tu kami tgh summer break so dapat jugak la beraya sakan. Alhamdulillah,kire bertuah la jugak berbanding yang terpaksa beraya dalam kelas or yang tgh amek exam.


Malam raya tu kami naek bas ramai2 pegi Malaysian Embassy dekat bandar Shibuya yang mengambil masa semalaman jugak la utk sampai.Sampai sane pagi raya tu teros pegi embassy and tukar baju raya pon kat sane.Sebelum2 ni,bangun pagi raya dengar takbir raya tapi taon ni pagi2 berjalan di tokyo.Time tgh2 jalan tu tnya member "Hari ni raya??Laennye perasaan time tu..sabar je la.Kalau da jadi anak perantauan tu kne la accept..dushh,okey.


balik kampung?bole la..anggap je la balik kg
yey da sampai!!
Kami orang first yang sampai..hehe.By the time nak start solat raya tu punye la ramai orang,xmuat hall...sampai ke luar orang. Tak sangka ramainye orang Malaysia yang beraya kat Jepun ni.Barulah terasa meriahnya hari raya..lalala.Happy!!


Makanan yg disediakan puas hati walaupon makanan India+nasi impit and kuah kacang. Xkesah la janji sedap and bole makan..juadah2 sampingan pon banyak.Alhamdulillah kenyang.
Petang tu kami beraya kat rumah Pn Siti Zaharah.Malaysian embassadors ni stay kat 1 bangunan apartment.Rumah Pn Siti besar ok,as rumah dekat Jepun dikira besar la,xleh nak expect sebesar rumah kat malaysia. Disebabkan bas balik Sendai pukul 12 tgh malam,Puan Siti bagi ktorg stay situ sampai malam. Sayang Pn Siti!!!muahmuaah


Dekat rumah dia ad juadah nasi kerabu and nasi dagang.waaa xde la kempunan sangat xdapat balik rasa juadah raya kat Malaysia.sukesukesuke!!Haish lebih2 pulak.
Then,pegi rumah En. Annizam sekejap,makan2 pastu balik rumah Pn Siti.Malam tu kami bertolak balik Sendai.
Jadinya i beraya hanya sehari sebab 2 Syawal tu duk kat rumah je doing nothing.




Tapi kalau ikutkan masyarakat laen,raya Aidilfitri satu hari je,orang kita je yang raya sebulan.
They said,"Eid Ul Fitr only one day,not two not three",haha amiiik.Betol la kan Eid Ul Fitr falls on the first day of Syawal.Tapi most muslim countries celebrate 3 hari.So bagi orang negara lain xde istilah hari raya kedua,raya ketiga and so on.
And bagi Muslim negara laen,Ramadan yang dinanti-nantikan..bukan Aidilfitri.Bagi masyarakat kita hari raya tu yang paling ditunggu2 dan sibuk buat preparation raya,10 malam terakhir Ramadan tu entah ke mane..same2 la kite renung2kan dan ubah persepsi ini.


PICTURES
warga sendai






ladies


juadah hari raya


main menu


bila kami bosan


kat rumah Pn Siti Zaharah




kami happy!








ハリラヤプアサ(イスラム暦10月1日)


1ヶ月間の「断食の月」が終わった翌日。盛大な祭りが約1ヶ月間催される(もよおされる)。
日本にとっての正月のような特別な行事。都市部に住むムスリムは、皆里帰りする。それぞれの家ではオープンハウスの用意をして、誰でも客として迎え入れる習慣がある。

Ramadhan has gone

Another Ramadhan has come and gone.The moments gone by can never be reversed.However, there is an opportunity for all of us to think deeply to what have we grasped during the holy month?


How much control have we gained over our untamed desires? Have we reached the stage where we can whole-heartedly submit ourselves to the divine code of conduct? Have the hunger and the fatigue, we suffered during the month long course, strengthened our belief? Has the passion of studying and understanding the Quran developed among us? Well if the answer is “YES”, it is a huge accomplishment which otherwise can only be dreamt of. And if the answer is otherwise, it is a extremely tragedy. Since we are back on the normal track, we are more vulnerable to satanic attacks now. 


As for me,there are still lots of things to change and improve. However I feel that this Ramadhan is better than last Ramadhan where I just sleeping on daytime and stayed up late at night watching dramas. What a waste!!T_T.(Stay up tunggu sahur sebab subuh at that time lebih kurang pkul 2,3 camtu. Then tido dalam pkul 5 pagi and woke up pkul 12 tgh hari ke atas..terok kan.Pastu bukak pose pukul 6) Even though it is a holy month, I wasted it just like that. 


This year,alhamdulillah thank you Allah for making me realize the importance of Ramadhan. One of the thing i'm glad with myself is I managed to control myself from watching korean dramas..yehaaa!!!Alhamdulillah..if not,this Ramadhan will gone just like last year because I know myself well..once I started watching,I could hardly stop.


For almost a decade I'm fasting but only now I know the main purpose of fasting.
I guess many other people also don't know about this.


The following verse from the Quran says : O you who believe, fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you that you may achieve Taqwa.
(Al –Baqarah: Verse 183).

It is mentioned that the main purpose is for us to achieve taqwa. 
Not just to refrain ourselves from eating,drinking and doing bad things.
Not because all of the muslims were doing it.

So,did we achieve any benefits from Ramadhan?
A reflection to ponder upon..
A reminder for next Ramadhan..hoping we will meet the Ramadhan again.






A little explanation about fasting in Japanese.
FASTING 断食(だんじき)


  • 断食というのは日の出から日の入りまでの間、食べたり飲んだりすることはできない、そしてイスラム教にとって悪い行動をしないという意味で、欲望と悪い気持ちを抑えるのが目的である。



  • なぜなら、アッラー(神様)がイスラム教徒に我慢することを勉強してほしいから。

  • 食べられる時間まで我慢することで、その達成感を感じることによって絶対に何かを学ぶ。例えば、貧しい人々の気持ちを分かる。


  • 毎年、イスラムカレンダーのラマダン月には、すべての健康なムスリムは(あかつき:dawn)から日没(にちぼつ:sunset)まで断食します。断食の最中には、飲食はもちろん他人の悪い話やけんか、性交なども慎みます(つつしみます:refrain)。


  • さらに、断食というのは実際、自己浄化(じょうか:purification)と己心(こっきしん:self-control)の練習のために行われます。







Thursday, September 1, 2011

Puasa Sunat Syawal

sedikit sharing..menjelaskan mengenai kekeliruan puasa qadha dan puasa sunat


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/


Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?”
“aku dah 5 hari dah ni”
“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah. 

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)


Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun). 

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.

Berdasarkan sabda Nabi SAW

إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala. 

Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya. 

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain. 

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam. 

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101) 

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502). 

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal. 

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah. 

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
25 Oktober 2006
(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)

sumber:http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/17/puasa-qadha-puasa-enam-syawal/
There was an error in this gadget