L.O.V.E

A smart girl never gives away the key to their heart. They just remember to open the door when someone knocks.


--------*-------------*--------



 PUTERA IDAMAN
"Yang dicari,
walau bukan putera raja,
biarlah putera agama.

Yang diimpi,
...biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat ruhani, sempurna hati.

Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.

dan yang terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan Ilahi,
itulah ketentuan sejak azali.."



--------*-------------*--------


~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK ~

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya 
bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA 
bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. 
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. 
kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. 
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan 
para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh 
hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah 
cinta Salman Al Farisi..??


".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan 
kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. 
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk 
atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. 
serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada 
Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur 
semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ."
(Umar Bin Khattab ra)
--------*-------------*--------



CINTA KE TU?

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum


Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tetapi nafsu


Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi kasihan

Jika kamu menyintai kerana dia baik,itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih

tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,itulah cinta yang sesungguhnya!



--------*-------------*--------


Lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah.
 via AkuIslam.com~