Wednesday, August 24, 2011

Alaa nape doa x makbul ni?





 "Dan sungguh,Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan oleh hatinya,dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."   ( Qaf,50:16)






"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,maka sesngguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permintaan hamba2-Ku yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu ,agar mereka memperoleh kebenaran."(Al-Baqarah,2:186)










Ibrahim bin Adham pernah ditanya tentang kenapa kadang-kadang doa lambat diterima,sedangkan Allah telah berjanji akan memakbulkan doa hamba2Nya?

Beliau menjawab:
Kerana hati kamu mati dengan 10 sebab; 

1. Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak mentaati-Nya
2. Kamu mengenali Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
3. Kamu mengenali al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan kandungannya
4. Kamu makan daripada nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya
5. Kamu mengetahui tentang syurga tetapi kamu tidak mengejarnya
6. Kamu mengetahui tentang neraka tetapi kamu tidak lari darinya
7. Kamu kenal syaitan tetapi kamu tidak memeranginya, sebaliknya selalu bersetuju dengannya
8. Kamu mengetahui tentang mati tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya
9. Kamu kebumikan orang mati tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya
10. Kamu terbangun dari tidur, lalu kamu sibuk menghitung keaipan manusia dan kamu 
abaikan keaipan diri kamu sendiri          

Marilah kita sama2 muhasabah diri,apakah sebab doa kita lambat or tidak dimakbulkan.                                    


No comments:

Post a Comment