Assalamualaikum n afternoon!!
(you can pause the background music at the bottom of this page)
Tadi tertengok video ni dan sangat touching ok. Pastu start daripada video ni,mula la menjelajah video2 laen yang berkaitan dengan tsunami. Sangat meremang bulu roma tengok raw footage mereka yang sedang menyelamatkan diri daripada tsunami tu.Siap ada video dari dalam kereta yang dihanyutkan tsunami dengan ada orang dalam tu.pheww
Rasa sangat bersyukur kerana Allah tidak meletakkan saya dalam situasi tu. Alhamdulilllah time gempa dan tsunami tu saya kat malaysia. Dapat tahu berita tu time tengah shopping dengan ayah kat Kuantan..bapak terkejut!! Bila member bagitahu pasal gempa tu tak terkejut sangat tapi bila die sebut tsunami 10 meter,macam tak caye je. Pastu time tengah shopping tu resah gelisah duk fikir pasal member2 kat sana,rumah macam mana,teruk sangat ke sume2 tu.
Then,bile sampai rumah kakak teros on tv and facebook. Bile tengok je news tu and die memang tunjuk kat Sendai,time tu macam "Oh no,that's my place!!!" Nampak kat news tu ada satu tempat shopping outlet yang saya pernah pegi dulu dah jadi macam apa je.Tapi lega sikit lepas tu bile dapat tahu student malaysia kat sane dah kumpul kat satu refugee area. Since that moment,salu tunggu update pasal dorang dekat fb and tv.
At first tak plan pon nak balik malaysia
Masa tu ramai la cakap syukur saya balik malaysia. Awal2 tu memang plan tak nak balik malaysia sebab bulan 8 hari tu da balik da. Tapi sebab ramai member2 pompuan kat tempat saya tu balik malaysia dan bercuti kat tempat laen,saya pikir nant saya nak stay dengan sape,bapak samishii(alone) duk sorang walaupon ramai je laki kat sini. Takkan la saya nak salu hangout dengan laki.
Pastu saya terus beli tiket balik,hanya sebulan sebelum balik.Drastik tak? Walhal orang laen da beli tiket berbulan2 sebelum tu. Nasib baik tiket tak mahal sangat. Maka dengan itu saya pulang la ke tanah air cuti tu.
Dah jangka akan ada gempa besar
Dalam Jan dan Feb tu da heboh dah dijangka akan ada gempa besar kat jepun,tapi semua orang expect akan berlaku bertahun2 lepas ni. Tapi sebelum balik hari tu ada terasa gempa kecil,so time balik malaysia tu rasa macam tak sedap hati. Mintak la tolong kat senior tolong baringkan saya punye desktop kat atas katil takot2 ada gempa besar. Sayang uu desktop mahal..heheh walaupon tak semahal laki punye desktop. Dan sangkaanku tepat,tapi xsangka la sampai datang tsunami.
Kalau saya ada kat sini time tu,mesti kena stay kat refugee centre dengan airnye xde,pastu snowing lagi,makan cane,dengan xdapat mandinye,macam mane nak solat pe sume tu..kalau laki maybe xde masalah sangat tapi kalau perempuan ni macam2 la. Time tu sangat la terasa yang Allah da aturkan yang most student malaysia yang perempuan xde kat sendai time tu. Terima kasih ya Allah. Walaubagaimanapon,ada jugak orang malaysia yang berfamily dengan anak kecik kat Sendai time tu. Mereka lagi la mengalami hard life masa tu.
Tapi saya tak boleh sentiasa berasa selamat sebab lepas ni pon dijangka ad gempa besar lagi. Sekarang pon masih ada gempa2 kecil saban hari.Tolong doakan kami di sini sentiasa mendapat perlindungan daripada sebarang bencana.
No comments:
Post a Comment