Saturday, March 10, 2012

Sabar Sabar Sabar

Assalamualaikum wbt
Sabar sabar sabar. Orang salu cakap sabar sabar tapi apa maksud sabar ni sebenarnya? Bile ditimpa ujian org suruh sabar, bila teringin nak buat sesuatu yg tak elok orang suruh sabar,bile nak beribadat pon orang suruh sabar? Aik? Confuse2..

Saya pon start la cari apa maksud sabar ni,rupa-rupanya sabar bermaksud menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berbeli-belit pulak maksudnya,xpe lepas ni kite huraikan ok?

Berdasarkan maksud kat atas tu,sabar ni adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa 
Antaranya termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan.
Antaranya, sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaaan marah.


3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. 
Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.


5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

So sekarang lebih jelas tak serba sedikit pasal sabar ni?Kalau kite perhatikan,banyak ayat2 al-quran yg membicarakan pasal sabar ni, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Oleh itu,kalau kite tak faham apa maksud sabar ni,kite xkan dapat apa yang Allah nak sampaikan sebenarnya kan,ok itu sahaja..semoga bermanfaat :)

Orang yang paling sabar:
Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)


No comments:

Post a Comment